Sabtu, 16 Ogos 2014

Hetero Chroma


Hetero Chromia : Baka Kucing Belaan Nabi Muhammad S.A.W


                                                   (Anak kucing baka Hetero Chromia)


Kucing hetero chromia dari baka Turkish Angora adalah dianggap sebagai
warisan negara Turki.Kerajaan Turki sejak 1817 secara aktif membiakkan 
kucing Angora hetero chromia di Zoo Ankara bagi memastikan ianya 
tidak pupus. Kucing hetero chromia yang matanya berwarna hijau dan 
emas adalah yang paling beharga. Ini adalah kerana menurut kepercayaan 
tradisi Turki, kucing milik Nabi Muhammad S.A.W bernama Muezza 
adalah seekor Turkish Angora yang mempunyai mata sebegini. 

Kucing tersebut yang mempunyai mata dengan dua warna berbeza 
selalunya boleh dijumpai pada baka kucing Turkish Van, Turkish Angora, 
Sphynx, Persian,Oriental Shorthair dan Japanese Bobtail. 
Ianya juga berlaku pada kucing bewarna putih dari baka di atas.Sungguhpun
begitu kucing hetero chromia bewarna lain juga wujud tetapi ia jarang berlaku.

2 ulasan:

Eyma Balkish berkata...

Minat dengan kucingkah? Di rumah memang banyak tetapi sukar untuk dijaga kerana suka membuang di dalam rumah terutama di tempat gebu...

Unknown berkata...

Assalamualaikum,saudari ya memang sy minat kucing...hmmm,berapa umur kucing eyma? sepatutnya kalu nk suruh dia jgn membuang kat tempat tu kena jar dia dari kecil dan latih dia supaya jgn membuang kat situ...