Ahad, 17 Ogos 2014

AMERICAN WIREHAIR

AMERICAN WIREHAIR

Amerika Wirehair ialah kucing baka yang berasal di utara New York..Pada tahun 2003,kucing jenis ini kurang dikenali dan mereka disenaraikan sebagai baka yang paling jarang disukai dengan hanya 22 berdaftar,statistik menunjukkan bilangan yang menurun daripada 39 pada tahun 2002. 

Ciri-ciri yang terdapat pada American Wirehair
*Bulu mereka adalah kenyal, padat dan kasar
*Misai mereka sering bergulung.
*Manje dan senang untuk disentuh.
*Mempunyai badan yang kuat, berotot, dan dibina sama seperti American Shorthairs 

Sabtu, 16 Ogos 2014

Hetero Chroma


Hetero Chromia : Baka Kucing Belaan Nabi Muhammad S.A.W


                                                   (Anak kucing baka Hetero Chromia)


Kucing hetero chromia dari baka Turkish Angora adalah dianggap sebagai
warisan negara Turki.Kerajaan Turki sejak 1817 secara aktif membiakkan 
kucing Angora hetero chromia di Zoo Ankara bagi memastikan ianya 
tidak pupus. Kucing hetero chromia yang matanya berwarna hijau dan 
emas adalah yang paling beharga. Ini adalah kerana menurut kepercayaan 
tradisi Turki, kucing milik Nabi Muhammad S.A.W bernama Muezza 
adalah seekor Turkish Angora yang mempunyai mata sebegini. 

Kucing tersebut yang mempunyai mata dengan dua warna berbeza 
selalunya boleh dijumpai pada baka kucing Turkish Van, Turkish Angora, 
Sphynx, Persian,Oriental Shorthair dan Japanese Bobtail. 
Ianya juga berlaku pada kucing bewarna putih dari baka di atas.Sungguhpun
begitu kucing hetero chromia bewarna lain juga wujud tetapi ia jarang berlaku.