kucing seekor makhluk yang mempunyai perasaan juga seperti manusia.Oleh itu,janganlah kita menzalimi kucing kerana itu perbuatan yang keji...INSYAALLAH!!
Sabtu, 13 April 2013
Norwegian Forest Cat
Sekali pandang kita dapati baka Norwegian Forest Cat ini kelihatan seperti Main Coon dan ini tidak pelik kerana kedua-duanya berasal dari kawasan yang dingin. Dipanggil oleh orang tempatan dengan panggilan ‘Wegies’. Ia merupakan kucing yang menawan dimana bulunya yang panjang memerlukan kurang disikat jika dibandingkan dengan kucing berbulu panjang yang lain walaupun ia mempunyai bulu yang tebal. Panjang badannya yang sederhana, otot yang pejal dan seimbang serta struktur tulang yang kukuh merupakan ciri-ciri badannya. Manakala bulunya yang berganda dengan bulunya diselubungi dengan bulu panjang, berkilat dan lembut. ‘Wegies’ juga mempunyai warna bulu yang pelbagai tetapi tidak seperti warna buku kucing berjenis Himalayan atau berwarna cokelat, lavender/lilac.
Munchkin Cat
Baka Munchkin adalah kucing biasa dengan kaki yang pendek. Seperti baka Sphynx yang mana mungkin disukai atau tidak apabila pertama kali bersemuka denganya.....
Khamis, 28 Mac 2013
Javanse Cat
Ia dikategorikan sebagai baka yang bijak. Badannya yang panjang dan berkilat dengan bersaiz sederhana, kaki kurus dan panjang dengan gabungan tulang biasa dan otot padat, dengan kata lain ia adalah kucing yang berbadan sasa. Bulunya yang biasa dan bersutera, sederhana panjang dan kurang bulu halus menunjukkan ciri-cirinya. Warnanya terdiri seperti kucing berbaka Balinese dengan pelbagai warna pelangi.
Japanse Bobtail Cat

Baka Japanese Bobtail berasal dari Jepun. Disana ia dibela berkurun lamanya. Ia kuat, sihat dan mempunyai rintangan yang kuat terhadap penyakit. Badannya yang panjang, bersaiz sederhana mempunyai otot yang kuat. Bulunya yang pendek dan sederhana panjang, lembut dengan tidak mempunyai bulu halus. Manakala yang berbulu panjang, bersederhana hingga ke panjang dan lembut. Terdapat bulu berwarna tiga, dua, tabby dan padu......
himalayan cat
Baka Himalayan mempunyai bentuk badan yang sama dengan baka Persian dari saiz sederhana sehingga besar, kaki yang pendek, dada yang lebar dan kuat. Bulunya yang panjang dan tebal, dengan tekstur yang biasa dan berkilat dan ia juga boleh terdiri daripada pelbagai warna.Himalayan ialah kacukan antara baka siam dan persian....
Rabu, 27 Mac 2013
California Spangled Cat
Seperti baka Bengal, baka California Spangle adalah baka yang dicipta melalui kaedah sains.Ia seperti harimau akar kecil yang panjang, tetapi badan yang berotot dan bertompok bujur, bulat, petak atau segitiga. Bulunya berwarna gangsa, emas, biru, cokelat, hitam, merah, hitam arang , perak dan putih. Tompoknya mudah dibezakan kerana ia berwarna gelap.
Burmese Cat
Baka Burmese adalah berorientasikan manusia. Badannya yang sederhana, berotot dan padat, dengan berkepala bulat dan mata yang berwarna kuning kepada emas. Bulunya yang pendek dengan warna biru dan perak.:D
Bombay Cat
Dengan terdapat pelbagai baka yang ada pada waktu ini, baka Bombay direka berdasarkan kepada baka Harimau Akar Domestik. Walaupun hitam berkilat dan matanya yang kuning, ia mudah menjadi binatang peliharaan. Badannya yang sederhana dan padat serta kepala yang bulat. Bulunya yang berkilat, pendek, hitam dengan mata kuning sehingga keemasan.
Balinese Cat
Baka Balinese adalah seperti gabungan baka Siamese yang ditambahkan dengan bulu sederhana panjang dan berkilat. Badannya yang sederhana, kaki yang panjang dan ekor yang panjang. Bulunya yang sederhana panjang dan lembut mempunyai pelbagai warna berbucu seperti baka Siamese.
American Shorthair Cat
Baka American Shortair mempunyai badan yang sederhana sehingga ke besar, padat, berotot dan kuat. Bulunya pendek, padat dan tebal. Warna bulunya terdiri dari pelbagai dan bercorak dua.
Selasa, 26 Mac 2013
American Curl CAT
Ciri-ciri unik baka American Curl adalah telinganya. Jika dilihat kita mungkin tersilap menganggap ia adalah baka Scottish Fold ataupun baka American Curl, tetapi bila diperhatikan dengan teliiti terdapat perbezaan pada telinga dan badannya. Badannya yang sederhana, seimbang dan berotot sederhana. Bulunya terdiri daripada pelbagai warna dan corak....
American Bobtail Cat
Baka American Bobtail adalah bersifat keras , baka yang kelihatan keras sesuai dengan persekitaran dimana ia berada.Badannya yang sederhana ke besar dengan bulu yang padat, panjang dan tak terurus.Bulunya terdiri daripada pelbagai warna dan corak.Baka American Bobtails jantan boleh mencapai berat sehingga 5 paun manakala betinanya bersaiz kecil sedikit.
Ahad, 24 Mac 2013
Sphynx Cat
masih menjadi pilihan peminat setia kucing......Malahan baka kucing ini amat susah untuk didapati,dengan itu kucing ini tercalon di dalam kategori kucing termahal....The Spyhnx ini juga dipaggil sebagai kucing Kanada/Mexico iaitu kucing tanpa bulu.....The Spynx kelihatan seperti kucing tidak berbulu tetapi sebenarnya kucing ini mempunyai bulu yang sangat halus.....Disebabkan itu kucing baka sebegini suka menghangatkan badannya di sisi tuannya atau kucing yang lain....
Sabtu, 23 Mac 2013
Manx Cat
The Excotic Shorthair
The Excotic Shorthair ataupun kucing bulu pendek eksotik.....Kucing ini mempunyai sifat lembut dan tenang seperti Persian Cat.Sifat ingin tahu dan sangat suka bermain (terlalu agresif) serta kucing ini mesra dengan kucing dan anjing yang lain.....Kucing ini jarang berbunyi....Kucing ini juga tidak suka ditinggalkan dan memerlukan kehadiran tuannya........
Cute Ragdoll Kittens
![]() |
Abyssinian Cat
The abyssinian adalah jenis kucing peliharaan dengan bulu yang begitu menarik perhatian para peminat kucing......The Abyssinian menjadi salah satu yang paling popular keturunan kucing bulu pendek di Amerika Syarikat.Bulu separa-panjang,padat,dan lembut untuk disentuh.Abyssinian sangat aktif,sibuk dan lucu,dan kucing ini sangat menyayangi kucing....
The Maine Coon Cat
Kucing panjang,itulah perumpamaan yang diberikan kepada kucing ini.Mempunyai struktur tulang yang besar,dengan bentuk badan persegi,dan bulu panjang menjalar di badannya.Bagi kucing jantan kebanyakan berat badan 12-18 paun,berat betina pula biasanya 10-14 paun.Kucing ini kuat,lembut dan manja.Harga kucing baka ini semakin meningkat naik dan pernah dicatakan di Malaysia kucing baka ini dijual dengan harga puluhan ribu......
kucing persia(parsi)
kucing parsi.....Persian adalah kucing berbulu panjang yang dikenali dengan wajah bulat dan mulut pendek.....Persian adalah kucing paling popular kerana penyayang dan setia....Salah satu kucing tertua,namanya sempena tempat asalnya,Persia(Iran).Kucing Persian mempunyai harga yang tinggi tetapi memerlukan rawatan pemeliharaan setiap hari...Bulunya sangat susah untuk dijaga rapi.Kadang-kadang boleh tumbuh sehingga 3 inci panjangnya! Persian memerlukan persekitaran yang sempurna untuk merasa aman...
Kucing Baka Savannah
Kucing savannah......Savannah adalah kucing yang tidak berapa besar tetapi mempunyai bulu,corak dan sifat yang sama seperti kucing BENGGALA.Malah ramai yang terkeliru antara kucing Benggala dan kucing Savannah.Baka ini berasal daripada Afrika dan ia telah dikacukkan oleh orang Afrika dan telah dijinakkan menjadi haiwan peliharaan.Kucing Savannah menjadi kucing termahal di dunia kerana kitaran harga mereka mulai dari ribuan ringgit sehingga puluhan ribu.Dapat dilatih untuk berjalan diatas tali dan malah menyambut tetamu.
Kucing Bengal
Kucing bengal.....kucing baka benggala adalah haiwan perliharaan eksotik yang menyerupai seakan-akan kacukan antara harimau dan kucing liar.... Pernah dicatatkan kucing baka sebegini dijual setengah juta ringgiy dan keatas..... Oleh sebab itu,baka ini jarang didapati dan tidak mudah untuk dipelihara menyebabkan ia mengunggulisebagai kucng termahal....
meow
Kucing siam.....comelkan ramai yang menyukai kucing ini kerana mata birunya yang menawan.Selain itu,ia kucing yang manja dan suka bercakap bersama tuannya.....Kucing ini ialah salah satu kucing yang popular dan termahal di dunia....
Langgan:
Catatan (Atom)




















