Ahad, 17 Ogos 2014

AMERICAN WIREHAIR

AMERICAN WIREHAIR

Amerika Wirehair ialah kucing baka yang berasal di utara New York..Pada tahun 2003,kucing jenis ini kurang dikenali dan mereka disenaraikan sebagai baka yang paling jarang disukai dengan hanya 22 berdaftar,statistik menunjukkan bilangan yang menurun daripada 39 pada tahun 2002. 

Ciri-ciri yang terdapat pada American Wirehair
*Bulu mereka adalah kenyal, padat dan kasar
*Misai mereka sering bergulung.
*Manje dan senang untuk disentuh.
*Mempunyai badan yang kuat, berotot, dan dibina sama seperti American Shorthairs 

Sabtu, 16 Ogos 2014

Hetero Chroma


Hetero Chromia : Baka Kucing Belaan Nabi Muhammad S.A.W


                                                   (Anak kucing baka Hetero Chromia)


Kucing hetero chromia dari baka Turkish Angora adalah dianggap sebagai
warisan negara Turki.Kerajaan Turki sejak 1817 secara aktif membiakkan 
kucing Angora hetero chromia di Zoo Ankara bagi memastikan ianya 
tidak pupus. Kucing hetero chromia yang matanya berwarna hijau dan 
emas adalah yang paling beharga. Ini adalah kerana menurut kepercayaan 
tradisi Turki, kucing milik Nabi Muhammad S.A.W bernama Muezza 
adalah seekor Turkish Angora yang mempunyai mata sebegini. 

Kucing tersebut yang mempunyai mata dengan dua warna berbeza 
selalunya boleh dijumpai pada baka kucing Turkish Van, Turkish Angora, 
Sphynx, Persian,Oriental Shorthair dan Japanese Bobtail. 
Ianya juga berlaku pada kucing bewarna putih dari baka di atas.Sungguhpun
begitu kucing hetero chromia bewarna lain juga wujud tetapi ia jarang berlaku.

Sabtu, 13 April 2013

Norwegian Forest Cat

Sekali pandang kita dapati baka Norwegian Forest Cat ini kelihatan seperti Main Coon dan ini tidak pelik kerana kedua-duanya berasal dari kawasan yang dingin. Dipanggil oleh orang tempatan dengan panggilan ‘Wegies’. Ia merupakan kucing yang menawan dimana bulunya yang panjang memerlukan kurang disikat jika dibandingkan dengan kucing berbulu panjang yang lain walaupun ia mempunyai bulu yang tebal. Panjang badannya yang sederhana, otot yang pejal dan seimbang serta struktur tulang yang kukuh merupakan ciri-ciri badannya. Manakala bulunya yang berganda dengan bulunya diselubungi dengan bulu panjang, berkilat dan lembut. ‘Wegies’ juga mempunyai warna bulu yang pelbagai tetapi tidak seperti warna buku kucing berjenis Himalayan atau berwarna cokelat, lavender/lilac.

Munchkin Cat

Baka Munchkin adalah kucing biasa dengan kaki yang pendek. Seperti baka Sphynx yang mana mungkin disukai atau tidak apabila pertama kali  bersemuka denganya..... 

Khamis, 28 Mac 2013

Javanse Cat


Ia dikategorikan sebagai baka yang bijak. Badannya yang panjang dan berkilat dengan bersaiz sederhana, kaki kurus dan panjang dengan gabungan tulang biasa dan otot padat, dengan kata lain ia adalah kucing yang berbadan sasa. Bulunya yang biasa dan bersutera, sederhana panjang dan kurang bulu halus menunjukkan ciri-cirinya. Warnanya terdiri seperti kucing berbaka Balinese dengan pelbagai warna pelangi.

Japanse Bobtail Cat



Baka Japanese Bobtail berasal dari Jepun. Disana ia dibela berkurun lamanya. Ia kuat, sihat dan mempunyai rintangan yang kuat terhadap penyakit.  Badannya yang panjang, bersaiz sederhana mempunyai otot yang kuat.  Bulunya yang pendek dan sederhana panjang, lembut  dengan tidak mempunyai bulu halus. Manakala yang berbulu panjang, bersederhana hingga ke panjang dan lembut. Terdapat bulu berwarna tiga, dua, tabby dan padu......

himalayan cat

Baka Himalayan mempunyai bentuk badan yang sama dengan baka Persian dari saiz sederhana sehingga besar, kaki yang pendek, dada yang lebar dan kuat. Bulunya yang panjang dan tebal, dengan tekstur yang biasa dan berkilat dan ia juga boleh terdiri daripada pelbagai warna.Himalayan ialah kacukan antara baka siam dan persian....