Sabtu, 13 April 2013

Norwegian Forest Cat

Sekali pandang kita dapati baka Norwegian Forest Cat ini kelihatan seperti Main Coon dan ini tidak pelik kerana kedua-duanya berasal dari kawasan yang dingin. Dipanggil oleh orang tempatan dengan panggilan ‘Wegies’. Ia merupakan kucing yang menawan dimana bulunya yang panjang memerlukan kurang disikat jika dibandingkan dengan kucing berbulu panjang yang lain walaupun ia mempunyai bulu yang tebal. Panjang badannya yang sederhana, otot yang pejal dan seimbang serta struktur tulang yang kukuh merupakan ciri-ciri badannya. Manakala bulunya yang berganda dengan bulunya diselubungi dengan bulu panjang, berkilat dan lembut. ‘Wegies’ juga mempunyai warna bulu yang pelbagai tetapi tidak seperti warna buku kucing berjenis Himalayan atau berwarna cokelat, lavender/lilac.

Munchkin Cat

Baka Munchkin adalah kucing biasa dengan kaki yang pendek. Seperti baka Sphynx yang mana mungkin disukai atau tidak apabila pertama kali  bersemuka denganya.....